Selalu kalau pelanggan datang ke kedai kami untuk buat sticker produk makanan dorang, soalan yang selalu ditanya mesti soalan macam ni,
"Dik, mana lagi murah?"
"Dik, mana lagi tahan lama?"
"Dik, mana lagi cantik?"
Mujur Boss dan Madam kami berpengalaman luas dalam servis printing dan signboard ni maka kami ada jawapan untuk setiap persoalan yang bermain di fikiran pelanggan-pelanggan kami.
untuk jawapan soalan pertama, mana lagi murah? harga bagi kedua-dua jenis sticker sama je. sebab apa tau, sebab bahan kertas/kad yang digunakan untuk mencetak sticker adalah SAMA. soalnya, matte dan glossy ni bukanlah kertas/kad yang berbeza. matte dan glossy ni merupakan prosedur akhir atau omputih kata finishing.
Sebagai contoh, sticker A dicetak kemudian proses akhir akan diakhiri dengan finishing matte. Prosedur yang sama bila pelanggan minta untuk buat sticker glossy.
untuk soalan kedua pula, mana lagi tahan lama? kedua-dua sticker yang dicetak (printing) di kedai kami tahan lama kerana kami memang akan laminate awal-awal.
mana lagi cantik? soalan ini bergantung pada citarasa masing-masing. Ada yang suka glossy kerana warna yang berkilat dan lebih menyerlah, ada juga yang suka matte kerana nampak lebih moden dan korporat profesional. Untuk pengetahuan semua, warna matte agak gelap.
![]() |
| Matte |
![]() |
| Glossy |


No comments:
Post a Comment