Wednesday, July 15, 2020

Marketing Kedai dan Produk Melalui Banner & Bunting

Assalamualaikum dan hai,

Kebiasaannya bila kita pergi ke kedai makan atau kedai telefon, kita akan nampak banner dan bunting di hadapan bangunan kedai tersebut, betul tak? Of course lah tuan kedai guna sebab nak pelanggan-pelanggan dorang nampak produk apa yang dorang jual.

Kegunaan banner dan bunting sudah semestinya untuk mempamerkan produk yang dijual dalam bentuk yang menarik, penuh dengan warna-warni dan paling penting sekali boleh menambat hati pelanggan untuk menjejakkan kaki ke kedai. Tak semestinya kena ada bangunan kedai dua tingkat baru boleh buat banner sebesar alam sebab ada je dijual banner saiz kecil yang muat sebuah khemah. Jadi, tak perlu risau kalau nak buat banner dan bunting sebab boleh je nak tempah mengikut saiz yang dikehendaki.

Selain dari saiz, jenis material yang kedai kami guna juga adalah material yang tahan lasak dan kalis air. Material yang biasa kami guna untuk banner dan bunting ialah material trapaulin. Material ini harganya lebih berbaloi berbanding material canvas. Mana lagi nak dapat harga murah dan berbaloi-baloi kalau bukan di kedai kami, Graphtech Advertising.

Melaburlah untuk pemasaran, tak rugi pun sebabnya boleh menambah sales nanti !
Haa, tunggu apa lagi??? Cepatlah tempah banner dan bunting dengan kami.
wassap kami di 016-4590245


Banner yang ditempah oleh Iqram Dinzly di kedai kami

Tempahan bunting yang dibuat oleh ejen air mangga Aiman Tino 


Tuesday, July 14, 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai UV ink Printing

Assalamualaikum dan hai,

Sebagai pelanggan, anda mesti mahu printing yang berbaloi dengan harganya bukan. Oleh itu, pemilihan ink untuk printing penting supaya wang yang dilaburkan untuk printing itu berbaloi dengan harganya. Jadi, apa yang anda perlu tahu mengenai UV ink? Kenapa kena pilih UV ink berbanding ink tradisional (biasa) yang sudah lama digunakan? Ini jawapannya :

1. UV ink cepat kering

2. UV ink mesra alam. Tiada bahan kimia yang berbahaya yang dibebaskan dan mengewap di udara

3. UV ink tahan lama sehingga 6 bulan ke setahun lebih

4. UV ink tidak cepat kotor (kesan cap jari/calar) 

5. UV ink warna lebih terang dan menyerlah

Di Graphtech Advertising, anda boleh dapatkan printing UV ink dengan harga yang murah. Kami pakar dalam membuat signboard dan servis printing. Boleh segera hubungi kami untuk tempahan.





Saturday, July 4, 2020

Sticker Pilihan : Matte atau Glossy?

Assalamualaikum dan hai semua!

Selalu kalau pelanggan datang ke kedai kami untuk buat sticker produk makanan dorang, soalan yang selalu ditanya mesti soalan macam ni,

"Dik, mana lagi murah?"

"Dik, mana lagi tahan lama?"

"Dik, mana lagi cantik?"

Mujur Boss dan Madam kami berpengalaman luas dalam servis printing dan signboard ni maka kami ada jawapan untuk setiap persoalan yang bermain di fikiran pelanggan-pelanggan kami.

untuk jawapan soalan pertama, mana lagi murah? harga bagi kedua-dua jenis sticker sama je. sebab apa tau, sebab bahan kertas/kad yang digunakan untuk mencetak sticker adalah SAMA. soalnya, matte dan glossy ni bukanlah kertas/kad yang berbeza. matte dan glossy ni merupakan prosedur akhir atau omputih kata finishing.

Sebagai contoh, sticker A dicetak kemudian proses akhir akan diakhiri dengan finishing matte. Prosedur yang sama bila pelanggan minta untuk buat sticker glossy.

untuk soalan kedua pula, mana lagi tahan lama? kedua-dua sticker yang dicetak (printing) di kedai kami tahan lama kerana kami memang akan laminate awal-awal.

mana lagi cantik? soalan ini bergantung pada citarasa masing-masing. Ada yang suka glossy kerana warna yang berkilat dan lebih menyerlah, ada juga yang suka matte kerana nampak lebih moden dan korporat profesional. Untuk pengetahuan semua, warna matte agak gelap. 

Matte
Glossy